Tuesday, November 9, 2010
BLOG BARU.
Assalamualaikum, kawan-kawan! Hari ini saya ada blog baru..... Tapi saya tulis dalam bahasa inggeris. Jadi, harap anda boleh baca dalam bahasa inggeris, ye? Kalau tak tahu, mintaklah ibu atau ayah kamu untuk tolong bacakan teks itu. Alamatnya ialah: www.inabestrong.blogspot.com. Tajuknya pula ialah: ina,be strong. Itu sahaja yang ingin saya katakan. Assalamualaikum, kawan-kawan! Jumpa lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tuesday, August 31, 2010
Duduk Hotel.
Salam. Hari ini saya hendak bercerita tentang 'Duduk di Hotel'. Pada suatu hari,saya telah diberitahu bahawa saya akan ke 'Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson' selama seminggu. Saya berasa sangat gembira. Selepas mengaji (selepas sekolah saya ada kelas mengaji), saya terus pergi ke hotel. Hotel ni sejuk sangat. Setiap kali saya kena pakai selimut. Saya tak mandi 'swiming pool' sebab takut termasuk air dalam mulut saya. Sewaktu berbuka puasa, saya pergi ke bawah untuk makan 'Buffet Ramadhan' . Rasanya sangat sedap. Tapi saya tak makan situ setiap hari. Sekali sekala je. Bukan selalu pun. Itu je untuk hari ini "Selamat menyambut BULAN RAMADHAN kepada semua orang islam". MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Friday, July 16, 2010
Avillion Port Dickson - Part 2
Ayam ini namanya April. Mungkin dia lahir bulan April. ;-)
Saya sebenarnya takut, sakit tau ayam tu cengkam! Dia patuk makanan gandum di tangan saya rasanya sakitlah sikit.
Cantik burung merak ini, kan? Merak jantan, ekor panjang = peacock.
Merak betina = peahen (ayah cakap).
Lihat burung merpati ni, dia pun nak jadi macam peacock jugak!
Inilah sand castle saya buat dengan ayah di pantai Riau. Boleh la...
Penat tau saya kayuh water bike, dahlah hari panas! 20 minit je tahan... lepas tu ajak ayah balik.
Cuba lihat Mr Crab kat bawah ni, sebijik kan? 1 biji je lah, ketam betul tak pakai baju dan seluar.
Balik dari pantai, saya basuh kaki dulu baru segar...
Ini saje cerita saya, GOOONG! Bunyi gong yang saya pukul :-D hahaha
Saya seronok sangat tinggal di sini. Saya berjaya pujuk ayah untuk tambah 1 malam lagi tidur kat sini, yeaaa!
Kan best kalau boleh tinggal sini lama-lama. Terima kasih ayah! Saya sayang ayah!
Bye, salam.
Tuesday, July 13, 2010
Avillion Port Dickson - Part 1
Sekolah saya bercuti dari 5-8 Julai 2010 sebab ada peperiksaan SPPM murid darjah 6. Ayah bawa saya dan mama berehat di sini.
Ini bilik kami, Acheh 812.
Kolam renang di sini dibuka 24 jam, bestnya! Ada slide dan jacuzzi jugak.
Ada banyak binatang di sini. Saya paling suka arnab kelabu. Comel kan dia? Arnab ni makan semua benda. Cuba cari guinea pig.
Oklah. Nanti sambung lagi cerita aktiviti saya di sini. Saya dah penat. Jumpa lagi, salam.
Ini bilik kami, Acheh 812.
Kolam renang di sini dibuka 24 jam, bestnya! Ada slide dan jacuzzi jugak.
Ada banyak binatang di sini. Saya paling suka arnab kelabu. Comel kan dia? Arnab ni makan semua benda. Cuba cari guinea pig.
Oklah. Nanti sambung lagi cerita aktiviti saya di sini. Saya dah penat. Jumpa lagi, salam.
Monday, July 12, 2010
Kepala Ikan
Mama teringin makan kari kepala ikan di Port Dickson. Ini gambar ikan yang tinggal selepas mama makan.
Yang dua bulat tu matanya. Ikan tu macam tengah senyum, kan? Oklah. Jumpa lagi, salam. : - )
Yang dua bulat tu matanya. Ikan tu macam tengah senyum, kan? Oklah. Jumpa lagi, salam. : - )
Belajar Perkataan Baru
Perkataan ini kelakar. :-D hahahahahaha
Saya sangka bunyinya mishap, rupanya disebut mis hep. Macam Miss Happy Feet. Maksudnya mengikut kamus Oxford saya ialah kemalangan kecil.
Saya berasa sangat gembira, lucu dan pelik, sebab saya salah sangka untuk bercakap namanya. Oklah. Jumpa lagi. Salam.
A FAMOSA - Water World
Macam istana Aladdin, kan?
Slide yang paling besar, paling panjang dan paling menyeronokkan!
Ini paling menakutkan, sampai saya mengucap tu!
Saya amat gembira kerana datang ke A Famosa. Terima kasih ayah! Jumpa lagi! Salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)











