Friday, December 3, 2010

ADIK BARU SAYA.

Assalamualaikum, kawan-kawan! Hari ini saya berasa amat gembira. Tahu tak sebab apa? Kawan-kawan saya mesti tahu punyalah, sebabnya ialah.......... Jeng jeng jeng, SAYA DAPAT ADIK BARU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bestnya! Berikut adalah INFO pasal adik saya:
NAMA: MUHAMMAD JAYYID BIN MOHD ZUHAIMI.
JANTINA:LELAKI.
BLOOD GROUP: A+!!!!!!!!!!!!!!!
TARIKH LAHIR: 29 NOVEMBER 2010/22 ZULHIJJAH 1431 HIJRAH.
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL COLUMBIA ASIA, SEREMBAN
WAKTU LAHIR: 9:33 PAGI.
BERAT: 2.8 KILOGRAM.
PANJANG: 49 SENTIMETER.
RUPA MACAM: BAPAK

Itu sahaja info pasal adik saya. Ini gambarnya pulak. selamat menonton!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Sorrylah ada satu je gambar. Yang ini je gambar adik saya bukak mata. Itu jelah. Bye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Assalamualaikum, kawan-kawan!

Sunday, November 21, 2010

HAMSTER BARU SAYA.

ASSALAMUALAIKUM, kawan-kawan!  Hari ini saya berasa amat gembira sebab saya dah ada HAMSTER baru! Dia CUTE sangat. Namanya CUTIE, sebab tulah dia CUTEEEEE sangat. Hamster ini saya dapat secara percuma semasa memutar Roda Impian di Giant Kota Damansara. Tengoklah gambar ni, ye? Video pun ada.









Tuesday, November 9, 2010

BLOG BARU.

Assalamualaikum, kawan-kawan! Hari ini saya ada blog baru..... Tapi saya tulis dalam bahasa inggeris. Jadi, harap anda boleh baca dalam bahasa inggeris, ye? Kalau tak tahu, mintaklah ibu atau ayah kamu untuk tolong bacakan teks itu. Alamatnya ialah: www.inabestrong.blogspot.com. Tajuknya pula ialah: ina,be strong. Itu sahaja yang ingin saya katakan. Assalamualaikum, kawan-kawan! Jumpa lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 31, 2010

Duduk Hotel.

Salam. Hari ini saya hendak bercerita tentang 'Duduk di Hotel'. Pada suatu hari,saya telah diberitahu bahawa saya akan ke 'Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson' selama seminggu. Saya berasa sangat gembira. Selepas mengaji (selepas sekolah saya ada kelas mengaji), saya terus pergi ke hotel. Hotel ni sejuk sangat. Setiap kali saya kena pakai selimut. Saya tak mandi 'swiming pool' sebab takut termasuk air dalam mulut saya. Sewaktu berbuka puasa, saya pergi ke bawah untuk makan 'Buffet Ramadhan' . Rasanya sangat sedap. Tapi saya tak makan situ setiap hari. Sekali sekala je. Bukan selalu pun. Itu je untuk hari ini "Selamat menyambut BULAN RAMADHAN kepada semua orang islam". MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, July 16, 2010

Avillion Port Dickson - Part 2

Ayam ini namanya April. Mungkin dia lahir bulan April. ;-)






Saya sebenarnya takut, sakit tau ayam tu cengkam! Dia patuk makanan gandum di tangan saya rasanya sakitlah sikit.






 
Cantik burung merak ini, kan? Merak jantan, ekor panjang = peacock
Merak betina = peahen (ayah cakap).







                    
Lihat burung merpati ni, dia pun nak jadi macam peacock jugak!


Inilah sand castle saya buat dengan ayah di pantai Riau. Boleh la...






Penat tau saya kayuh water bike, dahlah hari panas! 20 minit je tahan... lepas tu ajak ayah balik.




Cuba lihat Mr Crab kat bawah ni, sebijik kan? 1 biji je lah, ketam betul tak pakai baju dan seluar.

VS.

Balik dari pantai, saya basuh kaki dulu baru segar...


 
Ini saje cerita saya, GOOONG! Bunyi gong yang saya pukul :-D hahaha

Saya seronok sangat tinggal di sini. Saya berjaya pujuk ayah untuk tambah 1 malam lagi tidur kat sini, yeaaa!
Kan best kalau boleh tinggal sini lama-lama. Terima kasih ayah! Saya sayang ayah!

Bye, salam.

Tuesday, July 13, 2010

Avillion Port Dickson - Part 1

Sekolah saya bercuti dari 5-8 Julai 2010 sebab ada peperiksaan SPPM murid darjah 6. Ayah bawa saya dan mama berehat di sini.

Ini bilik kami, Acheh 812.



 Kolam renang di sini dibuka 24 jam, bestnya! Ada slide dan jacuzzi jugak.



Ada banyak binatang di sini. Saya paling suka arnab kelabu. Comel kan dia? Arnab ni makan semua benda. Cuba cari guinea pig.




Oklah. Nanti sambung lagi cerita aktiviti saya di sini. Saya dah penat. Jumpa lagi, salam.

Monday, July 12, 2010

Kepala Ikan

Mama teringin makan kari kepala ikan di Port Dickson. Ini gambar ikan yang tinggal selepas mama makan.


Yang dua bulat tu matanya. Ikan tu macam tengah senyum, kan? Oklah. Jumpa lagi, salam. : - )

Belajar Perkataan Baru


Perkataan ini kelakar. :-D  hahahahahaha
Saya sangka bunyinya mishap, rupanya disebut mis hep. Macam Miss Happy Feet. Maksudnya mengikut kamus Oxford saya ialah kemalangan kecil.

Saya berasa sangat gembira, lucu dan pelik, sebab saya salah sangka untuk bercakap namanya. Oklah. Jumpa lagi. Salam.

A FAMOSA - Water World


Macam istana Aladdin, kan?


Slide yang paling besar, paling panjang dan paling menyeronokkan!

 

Ini paling menakutkan, sampai saya mengucap tu!





Saya amat gembira kerana datang ke A Famosa. Terima kasih ayah! Jumpa lagi! Salam.

A FAMOSA - Cowboy Town

Pada waktu malam ada pertunjukan api oleh red indian dan Carnival.






Cuba lihat dengan teliti, adakah dia lelaki atau perempuan?











Lihat anjing ini. Dia buat pertunjukan berjalan sambil berdiri, macam manusialah jugak.








Akhir sekali pertunjukan bunga api. Cantiknya!


Selepas itu saya menonton teater 4D. Aduh, sampai sakit badan saya! Ceritanya seramlah jugak. Tajuk ceritanya ialah Haunted Office.

Jumpa lagi. Salam.

A FAMOSA - Animal World Safari.


Di belakang haiwan itu, ada trak kuning belang hitam. Itulah trak yang saya naik. Perasaan saya bila menaiki trak itu bagaikan naik "roller coaster". Jantung saya macam hampir nak keluar.:-)




 
Yang paling saya suka ialah harimau. Bila saya nak tangkap je gambar dia, dia pandang saya. Seramkan! Macam hampir nak gigit orang dalam trak ini.












Ini beruang hitam . Dia sedang membersihkan dirinya.








Ini landak. Cuba lihat duri dia, takutkan? Macam nak serang kita.

Di sini ada cowboy show. Ada ramai cowboy dan red indian. Saya asyik terkejut kerana ada banyak sangat tembakan dan letupan yang mereka buat. 

Saya paling suka cowboy badut. Kalau tak salah saya namanya Ponto. Dia sangat kelakar. Ini gambar dia.



Ini gajah naik basikal, lucukan? Pelik sangat basikal tu, tak runtuh pun bila gajah naik.


Saya seronok berada di sini. Bye-bye! Salam.

Thursday, July 8, 2010

Pergi A Famosa.

Salam.  hari ni saya nak cerita tentang percutian ke A Famosa.  Kat situ ada banyak tempat yang kita boleh pergi.  Tempat pertama yang saya pergi ialah tempat haiwan.  Kedua ialah Carnival.  Ketiga ialah Cowboy Town.  Keempat ialah Water Park.  Kat semua tempat ni semua aktivitinya menarik sangat.  Emmmmm..... Oklah.  Jumpa lagi.  Salam.

Saturday, July 3, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,kawan-kawan! Nama saya Zuhairah. Saya tinggal di Senawang. Umur saya 8 tahun. Selamat datang ke blog saya. Bacalah kisah-kisah saya ini,ye kawan-kawan!