Monday, July 12, 2010

A FAMOSA - Animal World Safari.


Di belakang haiwan itu, ada trak kuning belang hitam. Itulah trak yang saya naik. Perasaan saya bila menaiki trak itu bagaikan naik "roller coaster". Jantung saya macam hampir nak keluar.:-)




 
Yang paling saya suka ialah harimau. Bila saya nak tangkap je gambar dia, dia pandang saya. Seramkan! Macam hampir nak gigit orang dalam trak ini.












Ini beruang hitam . Dia sedang membersihkan dirinya.








Ini landak. Cuba lihat duri dia, takutkan? Macam nak serang kita.

Di sini ada cowboy show. Ada ramai cowboy dan red indian. Saya asyik terkejut kerana ada banyak sangat tembakan dan letupan yang mereka buat. 

Saya paling suka cowboy badut. Kalau tak salah saya namanya Ponto. Dia sangat kelakar. Ini gambar dia.



Ini gajah naik basikal, lucukan? Pelik sangat basikal tu, tak runtuh pun bila gajah naik.


Saya seronok berada di sini. Bye-bye! Salam.

No comments:

Post a Comment