Monday, September 5, 2011

HARI RAYA..... BEST!!!!!

Assalamualaikum, kawan-kawan! Hari ini saya ingin menceritakan tentang "HARI RAYA SAYA" yang amat best! Inilah senarai-senarainya:

KAMPUNG: Ibu saya dulu baru ayah saya pulak.
BAJU: Ada kebaya dan kurung. ( bukan nak menunjuk tau, cuma tak tahu nak tulis apa je ).
KASUT: Ala 'Gladiator'! ( sebab ada 3 line dekat depan ). Bukan menunjuk tau!

Itu jelah senarainya. Saya ada tidur di kampung, siap pergi hotel tu! Dekat hotel tu macam SPA!!!!! Saya pergi kat tempat swimming pool yang macam kanak-kanak punyalah. Dekat tempat tu ada dua gelungsur. Satu rendah tapi besar dan satu lagi tinggi dan panjang. Memang best!!!!! Saya pun ada pergi dekat satu tempat yang airnya amat panas!

Tu je untuk hari ini. bye dan Assalamualaikum!!!!!!!!!!

Sunday, July 10, 2011

TOK ANDAK SUDAH MENINGGAL.

Assalamualaikum. Malam ini, pada 10hb Julai bersamaan 9 Sya'ban 1432 Hijrah, salah seorang daripada keluarga kami telah meneruskan perjalanan untuk menemui pencipta kita, iaitu ALLAH SWT. Namanya ialah "Tok Andak". Dia telah pergi meninggalkan kami pada tarikh tersebut. Kalau boleh, tolonglah sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Saya tidak dapat hadir ke sekolah esok kerana kami sekeluarga akan berangkat ke kampung sempena pengebumian Tok Andak saya. Saya berharap kawan-kawan sekelas saya dapat memberitahu kepada cikgu tentangnya.

Doa: Ya Allah, cucurilah rahmat keatas rohnya dan tempatkanlah dia di kalangan para solihin. Amin.


Itulah ceritanya. Saya harap kita dapat bertemu kembali. Assalamualaikum.

Friday, March 18, 2011

AKTIVITI SAYA SEMASA CUTI SEKOLAH MAC 2011

Assalamualaikum, kawan-kawan!
Mak saya kata tahun ini saya sudah darjah tiga jadi saya mesti melakukan aktiviti berfaedah semasa cuti sekolah bukan hanya asyik menonton TV, bermain computer games, PSP dan Game Boy. Oleh itu, saya ada melakukan benda-benda yang berfaedah seperti:
  1. Memasak nasi untuk keluarga menggunakan periuk nasi elektrik.
  2. Memasak sosej untuk saya menggunakan ketuhar elektrik.
  3. Belajar menggunakan pisau untuk mengelar sosej.
  4. Membasuh pinggan-mangkuk selepas makan.
  5. Menyiram pokok bunga di halaman rumah.
  6. Belajar mengangkat dan menjaga adik.
  7. Menghafal makna surah Al-Ikhlas dan Al-Fatihah.
Itu jelah ceritanya. Harap kita dapat berjumpa lagi, ye kawan-kawan! Assalamualaikum!!!!!!!!!

Sunday, January 23, 2011

JASA IBU BAPAKU.

Assalamualaikum, kawan-kawan! Tahu tak, tadi saya menangis sebab saya tiba-tiba ingat pasal ibu bapa saya. Papa bersusah-payah pergi mencari rezeki di luar rumah. Mama pula sibuk menjaga kitorang di rumah. Kesian mama dan papa, kan? Bersusah-payah menjaga kami yang masih kecil ini. InsyaAllah saya akan tolong mama dan papa sedaya upaya saya untuk cuba menolong mereka. Hari sudah malam. Papa suruh saya tidur sekarang. Oklah. Saya nak tidur ni. Bye kawan-kawan! Assalamualaikum! Jumpa lagi bila ada masa lapang!

Friday, January 21, 2011

ADIKKU DAN KAWANKU, SAFIYYAH.

Assalamualaikum,kawan-kawan! Sudah lama saya tidak update blog, kan kawan-kawan! Hari ini saya hendak bercerita tentang...  siapa lagi kalau bukan adik saya sendiri si Muhammad Jayyid tu! Ceritanya begini: Semalam kan, mak saya cakap yang adik saya tu buat tangan dia macam ninja tengah berlari tu. Ala, boys must know punyalah. Ha'ah, baru saya ingat. Adik pun dipanggil Naruto sebab adik saya bila menangis, 1 muka dia warna merah. Macam Jinchuriki, kan? Sekarang adik saya tengah menangis ni. Comel bunyinya bila dia menangis. Tu je cerita latest pasal adik saya. Sekarang ni kita cerita pasal kawan saya, Safiyyah. Oh ya, Naruto dah start dah ni. Ok, sambung balik cerita. Waktu saya nak balik sekolah kan tiba-tiba saya nampak Safiyyah dalam bas, bukan van dah. Tak tahu pulak pasal tu. Lagi mewah kenderaan dia dari tahun lepas. Gurau jelah. Nanti lepas kita tulis yang ni, kita tengok blog Nina pulak. Itu je. Bye kawan-kawan! Assalamualaikum!

Friday, December 3, 2010

ADIK BARU SAYA.

Assalamualaikum, kawan-kawan! Hari ini saya berasa amat gembira. Tahu tak sebab apa? Kawan-kawan saya mesti tahu punyalah, sebabnya ialah.......... Jeng jeng jeng, SAYA DAPAT ADIK BARU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bestnya! Berikut adalah INFO pasal adik saya:
NAMA: MUHAMMAD JAYYID BIN MOHD ZUHAIMI.
JANTINA:LELAKI.
BLOOD GROUP: A+!!!!!!!!!!!!!!!
TARIKH LAHIR: 29 NOVEMBER 2010/22 ZULHIJJAH 1431 HIJRAH.
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL COLUMBIA ASIA, SEREMBAN
WAKTU LAHIR: 9:33 PAGI.
BERAT: 2.8 KILOGRAM.
PANJANG: 49 SENTIMETER.
RUPA MACAM: BAPAK

Itu sahaja info pasal adik saya. Ini gambarnya pulak. selamat menonton!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Sorrylah ada satu je gambar. Yang ini je gambar adik saya bukak mata. Itu jelah. Bye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Assalamualaikum, kawan-kawan!

Sunday, November 21, 2010

HAMSTER BARU SAYA.

ASSALAMUALAIKUM, kawan-kawan!  Hari ini saya berasa amat gembira sebab saya dah ada HAMSTER baru! Dia CUTE sangat. Namanya CUTIE, sebab tulah dia CUTEEEEE sangat. Hamster ini saya dapat secara percuma semasa memutar Roda Impian di Giant Kota Damansara. Tengoklah gambar ni, ye? Video pun ada.