Assalamualaikum, kawan-kawan!
Mak saya kata tahun ini saya sudah darjah tiga jadi saya mesti melakukan aktiviti berfaedah semasa cuti sekolah bukan hanya asyik menonton TV, bermain computer games, PSP dan Game Boy. Oleh itu, saya ada melakukan benda-benda yang berfaedah seperti:
- Memasak nasi untuk keluarga menggunakan periuk nasi elektrik.
- Memasak sosej untuk saya menggunakan ketuhar elektrik.
- Belajar menggunakan pisau untuk mengelar sosej.
- Membasuh pinggan-mangkuk selepas makan.
- Menyiram pokok bunga di halaman rumah.
- Belajar mengangkat dan menjaga adik.
- Menghafal makna surah Al-Ikhlas dan Al-Fatihah.
Yayah, minta Mama tolong perbetulkan ayat untuk no. 2 tu ye...
ReplyDeleteTahniah!